Sihat dengan 10 Jenis Makanan Berkhasiat

Badan yang sihat datangnya dari pengambilan makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Otak akan senantiasa cerdas, mudah untuk berfikir dan emosi senang dikawal jika badan sihat. Tubuh badan yang sehat memerlukan gizi yang seimbang, tidur yang cukup, senaman yang sesuai dan psikologi yang sihat. Dalam dunia yang serba modern dan kesibukan ini, kita harus bijak untuk memilih makanan yang betul-betuk dapat menjamin kesihatan yang baik untuk tubuh badan kita. Lebih-lebih lagi jika makanan itu mampu memperlambatkan proses penuaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh badan terhadap pelbagai penyakit, mencegah risiko kanser dan mengurangi penyakit jantung.
Sihat dengan 10 Jenis Makanan Berkhasiat
Ilustrasi

Terdapat 10 jenis makanan yang boleh membantu anda mendapatkan kesihatan yang optimum. Mari kita lihat, apakah jenis makanan yang dimaksudkan itu dan jangan hairan jika makanan itu sudah ada di dapur anda.

1. Beras Merah
Nasi atau beras putih adalah makanan utama bagi orang kita di Malaysia. Jika anda ingin menfaat yang lebih dari nasi cubalah mengambil beras merah. Beras merah kaya dengan sumber protein yang tinggi, sumber mineral seperti selenium, yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan sumber vitamin B yang dapat menyihatkan sel-sel saraf dan sistem percernaan. Beras merah juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Menurut kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan, hasil dari kajian tersebut mendapati bahawa beras merah mampu mencegah dari terjadinya kanser perut. Ini disebabkan tingginya kandungan serat dan pati pada beras merah. Selain daripada itu, ia juga mampu mnegurangi risiko kanser usus besar. Ia juga mengurangkan kadar gula dalam darah jika dibandingkan dengan ubi kentanag atau roti. Beras merah ini amat sesuai diambil oleh pesakit penghidap diabetes dan juga membantu mencegah obesity.

2. Limau
Limau adalah buah yang kaya dengan vitamin C, beta karoten dan bioflavonoid yang kesemuanya bersifat antioksidan. Vitamin C penting untuk daya tahan tubuh terhadap jangkitan penyakit ringan. Manakala, flavonoid pula dapat meningkatkan penyerapan dan tindak balasa zat besi dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda lagi, limau juga mencegah lebihan nitrat dan nitrit dalam badan yang boleh menyebabkan nitrosamin. Nitrat dan nitrit ini terhasil daripada makanan yang dibakar kesannya boleh mengakibatkan kanser perut. Flavonoid dan vitamin C pada limau dapat membantu menjaga kekuatan dinding sel pembuluh darah. Selain itu, pectin yang terkandung dalam limau iaitu sejenis seratlarut, berupaya mengurangkan kadar LDL (kolesrerol jahat) dalam darah.

3. Aprikot
Aprikot segar adalah satu sumber beta karoten terbaik. Beta karoten adalah satu sumber yang boleh mengurangkan risiko strok, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Selain daripada jeruk, aprikot juga memiliki beta karoten dan vitamin C iaitu antioksidan yang mampu membersihkan radikal bebas dalam tubuh. Buah Aprikot yang telah dikeringkan mempunyai sumber kalium atau mineral yang membantu perjalanan darah dalam badan. Aprikot juga kaya dengan serat larut yang dapat menjaga kaadar gula darah tetap normal dan membantu menurunkan kaadar kolesterol dalam darah.

4. Epal
Buah epal mengandung vitamin C yang bersifat meningkatkan kekebalan tubuh dan melawan radikal-raadikal bebas. Penelitian menunjukkan bahwa memakan buah epal secara rutin dapat menurunkan kadar kolesterol darah, terutama LDL atau dikenali sebagai kolesterol jahat. Kandungan pectin dan sifat antivirus dadri epal digunakan sebagai ubat atau rawatan tradisional untuk diarea di Negara Barat. Epal mempunyai khasiat yang sangat baik terhadap system pencernaan dan sistem pembuangan.

5. Brokoli
Brokoli yang tergolong dalam kategori sayuran hijua ini pula kaya dengan sumber kalsium dan juga memiliki sifat anti kanser kerana kandungan beta karoten, vitamin C dan seratnya. Kajian yang dilakukan di Amerika, mendapati bahawaa mereka yang mengamalkan memakan brokoli setiap hari mempunyai risiko kanser paru-paru lebih rendah. Brokoli adalah sumber dari antioksidan beta karoten, vitamin C dan vitamin E. Selain itu, brokoli adalah sumber asid folat, yang sangat diperlukan bagi kaum wanita yang akan dan sedang hamil. Ini penting bagi mencegah risiko kandungan atau bayi cacat. Selain kaya akan kalsium, Brokoli juga memiliki kadar zat besi dan zink yang tinggi.

6. Salmon
Ikan salmon adalah sumber protein yang sangat baik dan mengandungi vitamin B dalam jumlah yang besar. Ia dapat melindungi tubuh dari risiko anemia. Penyelidikan yang dilakukan, menggunakan 150 gram ikan salmon setiap hari dapat membantu mengatasi gejala-gejala penyakit kulit yang kronik. Ikan salmon juga memiliki kandungan EPA (eicosapentanoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid). Kedua zat tersebut dapat mengurangkan risiko penggumpalan darah dan mencegah pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah.

7. Kacang Ginjal
Kacang ginjal atau ‘Kidney bean’ adalah sumber protein yang rendah lemak dan juga mengandungi serat khusus yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Menurut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa apabila kacang ginjal diambil dapat menurunkan kadar lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah. Sifat penurunan kolesterol dan lemak dari kacang ini berkemungkinan berasal dari kandungan protein dan seratnya. Kacang ginjal merah mengambil masa yang lama untuk dihadamkan. Ketika dalam proses penghadaman, secara perlahan-lahan ia akan diserap ke dalam aliran daarah dalam bentuk glukosa, menyebabkan kenaikan gula dalam darah secara sedikit demi sedikit. Ini sangat membantu bagi penghidap diabetes agar kandungan gula dalam darah tidak pada tahap yang membimbangkan.

8. Walnut
Walnut kaya dengan minyaknya yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Suatu kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil walnut setidak-tidaknya empat kali seminggu memiliki risiko serangan jantung 50% lebih rendah jika disbanding mereka yang tidak memakan walnut. Para pengkaji mendapati bahawa jika mereka menambahkan walnut dalam diet rendah kolesterol ternyata ia mampu mengurangkan kadar LDL sehingga 15% lebih rendah daripada diet tanpa walnut. Walnut yang juga kaya dengan vitamin B6 dipercaya dapat membantu para wanita dari gangguan sindrom pra haid (PMS)

9. Oat
Oat atau bijirin mengandungi sumber karbohidrat yang rendah lemaj ini menghasilkan tenaga yang dilepaskan secara perlahan, juga mengandungi serat larut yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penambahan oat ke dalam menu makanan sebanyak 30-40 gramn sehari, dapat mengurangkan kadar kolesterol sehingga Sembilan peratus. Oat memerlukan waktu yang agak lama untuk dihadamkan, sehingga ia dapat mengenyangkan untuk jangka masa yang lama. Di samping itu juga, ia menstabilkan kadar gula darah dan mengurangkan pelepasan insulin yang mana memiliki sifat mengubah gula menjadi lebih lemak. Penghidap diabetes harus menjaga kadar gula darah mereka. Pengambilan beberapa jenis karbohidrat dalam jumlah besar dapat menyebabkan kenaikan kadar gula darah yang cepat. Tetapi oleh karena oat lambat dihadamkan, oleh itu oat menjadi sumber karbohidrat yang baik untuk penderita diabetes.

10. Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan asid lemak yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga merupakan sumber vitamin E yang baik untuk melambatkann proses penuaan. Penggunaan minyak zaitun juga dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah sehingga 10%. Zaitun juga mengandung fitokimia, flavon dan vitamin E yang membuat minyak ini memiliki kekuatan antioksidan yang tinggi. Suatu kajian menunjukkan terdapatnya pengurangan risiko kanser payudara.